Posted by : Unknown Sunday, 16 June 2013

Assalamualaikum

Bertemu kembali dalam blog sheritacakehouse (sch). Kali ini saya nak kongsi gambar kek red velvet. Sudah lama saya nak mencuba resepi kek ini. Walaupun kek ini sudah lama tetapi saya belum berkesempatan untuk membuatnya. Tetapi saya pernah makan, tu pun kak yah yang bagi (kawan sekolah). Kek ni memang sedap, ia merupakan salah satu kek yang saya gemar. Bagi pengemar cream cheese, inilah kek yang patut dicuba. Bahan membuatnya agak pelik juga kerana kita masukkan cuka. Tak pernah lagi saya guna cuka dalam resepi kek saya. Itulah uniknya resepi kek red velvet.
Akhirnya atas permintaan customer maka saya cubalah resepi kek ini. Jadi gambar di bawah ini adalah percubaan pertama saya. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya dan rasanya sedap. Kek tu saya potong 3 dan setiap lapisan saya lapis dengan cream cheese yang dicampur dengan whipping cream dan diletak sedikit perasa lemon. Kiranya rasa kek ini masam-masam manis.

{ 1 comments... read them below or add one }

- Copyright © Sherita Cake House - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Hollowmenn -