- Home >
- HAZELNUT CHEESE CAKE (HCC 101)
Assalamualaikum
Ini merupakan pertama kali saya terlibat dalam dunia blogger. Blog ini adalah ehsan puteraku yang sorang tu. Tanpa ehsan beliau sudah pasti saya tidak berpeluang. Dengan adanya blog ini dapat saya berkongsi hobi saya selepas waktu persekolahan iaitu membaking cake. Melalui blog ini juga saya harap pelanggan yang selalu menempah kek dengan saya mudah untuk memilih kek didapur black & white saya.
Hari ni saya berkongsi gambar kek yang ditempah oleh salah seorang pelanggan iaitu hazelnut cheese cake. Kek ini sangat sedap apabila berada di dalam mulut. Rasanya seperti aiskrim. Tetapi saya tidak menggunakan bahan untuk membuat aiskrim. Kek ini merupakan kek sponge coklat manakala frostingnya adalah gabungan cream cheese, hazelnut truffle, dairy fresh cream dan dark coklat. Manakala bahagian luar kek disalut dengan fresh cream. Kek ini sentiasa mendapat permintaan pelanggan. Saya buat dalam dua saiz iaitu 8" (1.5 kg) dan 9" (2kg).