Archive for 2013
Assalamualaikum
Apa khabar semua, tentu surirumah sibuk maklumlah hampir seminggu kita menjalani ibadah puasa. Saya sendiri pun tak kurang sibuknya melayan permintaan dua orang permata hati dan seorang penawar rindu untuk disediakan juadah pada waktu berbuka. Kali ini saya nak kongsi gambar kek yang sangat popular di sheritacakehouse iaitu kek chocolate moist. Kek chocolate ni sangat lembap dan penuh rasa chocolatenya. Sebiji kek saya potong kepada 2 lapian dan bahagian tengahnya saya letak filling chocolate dan bahagian luarnya saya salut dengan frosting chocolate ganache, akhirnya saya tabur dengan coklat parut pada keseluruhan kek. Saiz kek 9" x 9" (2kg). Kadang-kadang atas permintaan pelanggan saya buat saiz 7" bulat.
CHOCOLATE MOIST CAKE (KCM 601)
Tag :
Cake Chocolate Moist
Read Post : CHOCOLATE MOIST CAKE (KCM 601)Sunday, 14 July 2013
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum
Bertemu lagi kita dalam N3, selamat menunaikan ibadat puasa kepada seluruh umat Islam terutama kepada pelanggan sheritacakehouse. Kali ini saya nak kongsi gambar kek yang menjadi kegemaran anak lelaki saya yang sorang tu. Setiap kali tibanya bulan puasa beliau selalu mengingatkan mamanya supaya buat kek lapis hijau. Walaupun nama kek ni cantik tapi dia tetap panggil kek hijau atau kek ninja. Sebenarnya dia suka kepada rasanya yang lemak manis dan haruman pandan. Sebenarnya kek ni campuran santan dan pes pandan, itu sebabnya rasa lemak dan wangian pandan. Nak buat kek ni taklah susah tetapi terpaksa bercinta dengan masa. Sebiji kek mengambil masa 6 jam sebab saya lapis nipis-nipis supaya sedap mata memandang. Siapa berminat bolehlah order. Oh... lupa nak bagitahu kalau tempahan biasa tak adalah bunga atas kek tu, gambar ni adalah tempahan daripada cikgu Suziani untuk majlis perkahwinan anak saudaranya.
KEK LAPIS EVERGREEN (KLE 701)
Tag :
kek lapis sarawak
Read Post : KEK LAPIS EVERGREEN (KLE 701)
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum, bertemu lagi kita dalam N3 semoga semuanya sihat sejahtera hendaknya. Hidup dalam keadaan ceria dan gembira di samping keluarga tersayang. Kali ini saya nak berkongsi gambar kek yang telah lama saya buat. Okey kek kali ini adalah Oreo Chocolate Mousse Cake. Kek ni adalah hasil kerja tangan saya yang pertama selepas balik belajar dengan chef dari Kuala Lumpur. Saya buat kek ni sempena hari jadi anak lelaki saya yang sorang tu. Rasa kek ni memang sedap. Kek chocolate sponge saya potong kepada 3 keping dan setiap lapisan saya letak dengan oreo mousse. Manakala bahagian luar saya salut kek dengan whipping cream dan akhir sekali saya curah dengan frosting chocolate ganache. Nak buat kek ni memang leceh terpaksa melalui 5 step baru dapat siap sebiji kek. Tetapi hasilnya memang tip top dan ramai kawan gemar kek ni.
OREO CHOCOLATE MOUSSE CAKE (OCM 301)
Read Post : OREO CHOCOLATE MOUSSE CAKE (OCM 301)Friday, 5 July 2013
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum
Apa khabar semua? Saya harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Kali ini saya nak berkongsi gambar kek keluaran sheritacakehouse iaitu Blueberry Cake. Untuk pengetahuan semua kek ni saya belah 3. Setiap lapisan saya letak filling fresh cream dan blueberry. Bahagian luarnya saya salut kek dengan fresh cream dan diletakkan blueberry di bahagian tengah. Kalau nak rasa kenikmatan kek ini bolehlah tempah dari sekarang. Gambar yang saya masukkan disini adalah tempahan daripada salah seorang pekerja kedai Tunas Jaya di Tanah Merah. Terima kasih daun keladi.
BLUEBERRY CAKE (BC 501)
Tag :
blueberry cake
Read Post : BLUEBERRY CAKE (BC 501)Wednesday, 3 July 2013
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum
Kek ini adalah tempahan daripada cikgu Kartimi untuk anak sulungnya. Harap berpuas hati dengan rasa dan decoration kek ini.
HAZELNUT CHEESE CAKE (HCC 106)
Tag :
hazelnut cheese cake
Read Post : HAZELNUT CHEESE CAKE (HCC 106)Friday, 28 June 2013
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum
Bertemu lagi, semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Hari ni saya nak berkongsi gambar carrot cheese cake yang di tempah oleh cikgu Siti Zaimah untuk anaknya Husna. Selamat hari jadi adik Husna yang ke 10. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Jadilah anak yang soleh dan disayangi oleh kedua orang tua.
CARROT CHEESE CAKE (CCK 403)
Tag :
carrot cheese cake
Read Post : CARROT CHEESE CAKE (CCK 403)
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum
Ini adalah carrot cheese cake saiz 7" yang ditempah oleh kak wan dan ustazah Rosnaini. Terima kasih kak wan dan kak ni. Sebenarnya kek ni saya buat 2 biji tapi saya siarkan satu gambar sahaja sebab decorationnya sama. Kalau buat berbeza takut bergaduh pula. Biasanya saya tak buat kek carrot saiz 7" tapi demi kak wan dan kak ni saya buat juga. Kepada sesiapa yang teringin mencuba kek carrot saiz 7" terutama keluarga kecil boleh dengan syarat tempah 2 biji. Senang untuk saya buat.
CARROT CHEESE CAKE (CCK 402)
Tag :
carrot cheese cake
Read Post : CARROT CHEESE CAKE (CCK 402)Sunday, 23 June 2013
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum.
Bertemu lagi dalam blog sheritacakehouse (sch). Kali ini saya nak berkongsi gambar carrot cheese cake. Kek ni meriah dengan carrot daripada buttercream di bahagian atas sebagai hiasan. Frostingnya daripada cream cheese dan bahagian dalam adalah campuran carrot, walnut, almond dan kismis. Terdapat dalam satu saiz iaitu 9".
CARROT CHEESE CAKE (CCK 401)
Tag :
carrot cheese cake
Read Post : CARROT CHEESE CAKE (CCK 401)
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum
Ini adalah kek oreo chocolate mousse yang ditempah oleh cikgu Norai hari ini. Terima kasih harap berkenan dengan decoration sejambak bunga ros di bahagian atas. Jenuh juga nak siapkan kek ni. Maklumlah perangai saya walaupun customer tempah awal tetapi saya akan buat paling awal 2 hari dari tarikh ambil supaya customer dapat kek fresh. Jadi kek ni saya buat lepas isyak, siap salut dengan ganache dalam pukul 2.30 pagi. Terpaksa keraskan dulu dalam chiller. Keesokkannya saya sambung pula membuat hiasan bunga ros. Nasib baik dalam kalut-kalut nak pergi sekolah dapat saya siapkan kek ini. Maka inilah hasilnya.
OREO CHOCOLATE MOUSSE CAKE (OCM 302)
Read Post : OREO CHOCOLATE MOUSSE CAKE (OCM 302)Thursday, 20 June 2013
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum
Kek ni adalah tempahan daripada kawan cikgu sim sim bee. Terima kasih sim sebab tolong recomen dekat kawan-kawan. Saya ni tak pernah buat dekoration bunga di atas kek tapi entah kali ini rasa nak buat pula. Maka terhasillah sejambak bunga daripada fresh cream di tengah hazelnut cheese cake. Apabila customer puji cantik rasa bangga pulak dengan diri ini. Maklumlah saya ni orang baru nak belajar tambahan pula tak ada guru yang nak mengajar. Maka pandai-pandai sendirilah saya membuatnya. Yang penting jangan putus asa. Itulah nasihat yang selalu saya berikan kepada studen saya.
HAZELNUT CHEESE CAKE (HCC 105)
Tag :
hazelnut cheese cake
Read Post : HAZELNUT CHEESE CAKE (HCC 105)Wednesday, 19 June 2013
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum
Hari ni saya nak tunjukkan satu lagi decoration kek di sherita cake house. Design ni pertama kali saya buat. Bila lihat blog azlita masam manis berkenan pula saya dengan decoration ini. Maka saya pun mencubalah apabila ada customer yang menempah kek hazelnut cheese cake. Bagi saya gabungan warna putih, kuning dan coklat ini sangat menarik. Walaupun tak secantik sentuhan tangan kak ita tetapi saya berpuas hati dengan hasil kerja saya. Tahniah untuk diri sendiri.
HAZELNUT CHEESE CAKE (HCC 104)
Tag :
hazelnut cheese cake
Read Post : HAZELNUT CHEESE CAKE (HCC 104)
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum
Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya. Kali ini saya nak kongsi gambar kek red velvet yang ditempah oleh cikgu Norizan untuk birthday anak perempuannya. Jadi sesuai dengan jiwa perempuan maka saya decolah bunga-bunga atas kek tu. Harap zan puas hati ye..
RED VELVET CAKE (RVC 202)
Tag :
red velvet cake
Read Post : RED VELVET CAKE (RVC 202)Sunday, 16 June 2013
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum
Bertemu kembali dalam blog sheritacakehouse (sch). Kali ini saya nak kongsi gambar kek red velvet. Sudah lama saya nak mencuba resepi kek ini. Walaupun kek ini sudah lama tetapi saya belum berkesempatan untuk membuatnya. Tetapi saya pernah makan, tu pun kak yah yang bagi (kawan sekolah). Kek ni memang sedap, ia merupakan salah satu kek yang saya gemar. Bagi pengemar cream cheese, inilah kek yang patut dicuba. Bahan membuatnya agak pelik juga kerana kita masukkan cuka. Tak pernah lagi saya guna cuka dalam resepi kek saya. Itulah uniknya resepi kek red velvet.
Akhirnya atas permintaan customer maka saya cubalah resepi kek ini. Jadi gambar di bawah ini adalah percubaan pertama saya. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya dan rasanya sedap. Kek tu saya potong 3 dan setiap lapisan saya lapis dengan cream cheese yang dicampur dengan whipping cream dan diletak sedikit perasa lemon. Kiranya rasa kek ini masam-masam manis.
RED VELVET CAKE (RVC 201)
Tag :
red velvet cake
Read Post : RED VELVET CAKE (RVC 201)
Author : Unknown
Comments : 1
Assalamualaikum
Ini satu lagi design hazelnut cheese cake yang saya hasilkan. Minta maaf banyak-banyak kerana gambar tak berapa cantik, maklumlah ambil gambar guna tablet saja. Tak ada kamera canggih walaupun anak minta belikan. Tetapi yang pasti kek ni tetap sedap.
HAZELNUT CHEESE CAKE (HCC 103)
Tag :
hazelnut cheese cake
Read Post : HAZELNUT CHEESE CAKE (HCC 103)Saturday, 15 June 2013
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum
Bertemu kembali. Kali ini saya nak kongsi satu lagi dekorasi kek hazelnut cheese yang telah ditempah oleh customer sheritacake house. Setiap dekorasi berdasarkan imaginasi saya sahaja. Customer tak cakap apapun. Tapi saya harap mereka berpuas hati.
HAZELNUT CHEESE CAKE (HCC 102)
Tag :
hazelnut cheese cake
Read Post : HAZELNUT CHEESE CAKE (HCC 102)
Author : Unknown
Comments : 0
![]() |
kek perkahwinan |
![]() |
kek pertunangan |
ingin menempah boleh hubungi saya. Pn, Sherita di nombor 019-9548356
Cake Chocolate Moist
Tag :
Cake Chocolate Moist
Read Post : Cake Chocolate MoistFriday, 14 June 2013
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum
Apa khabar semua? Sekali lagi saya nak kongsi mocca cake tetapi design yang berbeza dari sebelumnya. Design ini adalah yang asal diajar oleh chef Vasanthi. Tetapi atas permintaan pelanggan saya akan mempelbagaikan decorationnya. Kepada pengemar coffee/mocca inilah kek yang patut dicuba. Bye.
MOCCA CHOCOLATE CAKE (MCC 001)
Tag :
mocca cake
Read Post : MOCCA CHOCOLATE CAKE (MCC 001)Thursday, 13 June 2013
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum
Bertemu kembali kita dilaman blog sheritacake house. Kali ini saya ingin berkongsi satu lagi gambar kek yang ditempah oleh kak Na untuk anak gadisnya. Terima kasih kak Na, jangan serik untuk menempah lagi. Sebenarnya kek ini saya belajar dengan chef Vasanthi dari Perak. Terima kasih chef. Izinkan saya menggunakan resepi kek ini untuk jualan. Kek ini gabungan buttercream perisa coffee emulco dan coklat ganache. Terdapat dalam dua saiz iaitu 7" (1kilo) dan 9" (2kilo).
MOCCA CHOCOLATE CAKE (MCC 002)
Tag :
mocca cake
Read Post : MOCCA CHOCOLATE CAKE (MCC 002)
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum
Apa khabar semua, di sini saya nak kongsi satu lagi gambar untuk tatapan semua terutama sekali kepada kawan-kawan yang selalu order kek dengan saya. Sebenarnya sudah lama saya teringin untuk membuat kek dalam gelas tetapi tidak ada kesempatan waktu. Tetapi pada hari itu tercapai impian saya untuk membuatnya. Kiranya ini percubaan pertama...okey tak?
Setelah saya selesai membuat kek tempahan kawan, terdapat lebihan filling hazelnut cheese cake maka saya ambil kesempatan untuk menyediakan kek ini. Tambahan pula dalam peti ais di rumah sudah ada lebihan kek sponge coklat. Maka saya lapiskan kek ni dengan filling hazelnut cheese cake. Rasanya sama dengan hazelnut cheese cake yang selalu saya buat cuma kek dalam gelas ini saya tambah serbuk biskut oreo. Pada pandangan saya kek gelas ni amat sesuai dan cute diletakkan di atas meja pengantin ketika makan beradap. Kepada mereka yang berminat bolehlah menempah dengan sheritacakehouse. Bye.
Assalamualaikum
Ini merupakan pertama kali saya terlibat dalam dunia blogger. Blog ini adalah ehsan puteraku yang sorang tu. Tanpa ehsan beliau sudah pasti saya tidak berpeluang. Dengan adanya blog ini dapat saya berkongsi hobi saya selepas waktu persekolahan iaitu membaking cake. Melalui blog ini juga saya harap pelanggan yang selalu menempah kek dengan saya mudah untuk memilih kek didapur black & white saya.
Hari ni saya berkongsi gambar kek yang ditempah oleh salah seorang pelanggan iaitu hazelnut cheese cake. Kek ini sangat sedap apabila berada di dalam mulut. Rasanya seperti aiskrim. Tetapi saya tidak menggunakan bahan untuk membuat aiskrim. Kek ini merupakan kek sponge coklat manakala frostingnya adalah gabungan cream cheese, hazelnut truffle, dairy fresh cream dan dark coklat. Manakala bahagian luar kek disalut dengan fresh cream. Kek ini sentiasa mendapat permintaan pelanggan. Saya buat dalam dua saiz iaitu 8" (1.5 kg) dan 9" (2kg).