Archive for July 2013
Assalamualaikum
Apa khabar semua, tentu surirumah sibuk maklumlah hampir seminggu kita menjalani ibadah puasa. Saya sendiri pun tak kurang sibuknya melayan permintaan dua orang permata hati dan seorang penawar rindu untuk disediakan juadah pada waktu berbuka. Kali ini saya nak kongsi gambar kek yang sangat popular di sheritacakehouse iaitu kek chocolate moist. Kek chocolate ni sangat lembap dan penuh rasa chocolatenya. Sebiji kek saya potong kepada 2 lapian dan bahagian tengahnya saya letak filling chocolate dan bahagian luarnya saya salut dengan frosting chocolate ganache, akhirnya saya tabur dengan coklat parut pada keseluruhan kek. Saiz kek 9" x 9" (2kg). Kadang-kadang atas permintaan pelanggan saya buat saiz 7" bulat.
CHOCOLATE MOIST CAKE (KCM 601)
Tag :
Cake Chocolate Moist
Read Post : CHOCOLATE MOIST CAKE (KCM 601)Sunday, 14 July 2013
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum
Bertemu lagi kita dalam N3, selamat menunaikan ibadat puasa kepada seluruh umat Islam terutama kepada pelanggan sheritacakehouse. Kali ini saya nak kongsi gambar kek yang menjadi kegemaran anak lelaki saya yang sorang tu. Setiap kali tibanya bulan puasa beliau selalu mengingatkan mamanya supaya buat kek lapis hijau. Walaupun nama kek ni cantik tapi dia tetap panggil kek hijau atau kek ninja. Sebenarnya dia suka kepada rasanya yang lemak manis dan haruman pandan. Sebenarnya kek ni campuran santan dan pes pandan, itu sebabnya rasa lemak dan wangian pandan. Nak buat kek ni taklah susah tetapi terpaksa bercinta dengan masa. Sebiji kek mengambil masa 6 jam sebab saya lapis nipis-nipis supaya sedap mata memandang. Siapa berminat bolehlah order. Oh... lupa nak bagitahu kalau tempahan biasa tak adalah bunga atas kek tu, gambar ni adalah tempahan daripada cikgu Suziani untuk majlis perkahwinan anak saudaranya.
KEK LAPIS EVERGREEN (KLE 701)
Tag :
kek lapis sarawak
Read Post : KEK LAPIS EVERGREEN (KLE 701)
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum, bertemu lagi kita dalam N3 semoga semuanya sihat sejahtera hendaknya. Hidup dalam keadaan ceria dan gembira di samping keluarga tersayang. Kali ini saya nak berkongsi gambar kek yang telah lama saya buat. Okey kek kali ini adalah Oreo Chocolate Mousse Cake. Kek ni adalah hasil kerja tangan saya yang pertama selepas balik belajar dengan chef dari Kuala Lumpur. Saya buat kek ni sempena hari jadi anak lelaki saya yang sorang tu. Rasa kek ni memang sedap. Kek chocolate sponge saya potong kepada 3 keping dan setiap lapisan saya letak dengan oreo mousse. Manakala bahagian luar saya salut kek dengan whipping cream dan akhir sekali saya curah dengan frosting chocolate ganache. Nak buat kek ni memang leceh terpaksa melalui 5 step baru dapat siap sebiji kek. Tetapi hasilnya memang tip top dan ramai kawan gemar kek ni.
OREO CHOCOLATE MOUSSE CAKE (OCM 301)
Read Post : OREO CHOCOLATE MOUSSE CAKE (OCM 301)Friday, 5 July 2013
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum
Apa khabar semua? Saya harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Kali ini saya nak berkongsi gambar kek keluaran sheritacakehouse iaitu Blueberry Cake. Untuk pengetahuan semua kek ni saya belah 3. Setiap lapisan saya letak filling fresh cream dan blueberry. Bahagian luarnya saya salut kek dengan fresh cream dan diletakkan blueberry di bahagian tengah. Kalau nak rasa kenikmatan kek ini bolehlah tempah dari sekarang. Gambar yang saya masukkan disini adalah tempahan daripada salah seorang pekerja kedai Tunas Jaya di Tanah Merah. Terima kasih daun keladi.