Showing posts with label carrot cheese cake. Show all posts
Assalamualaikum
Bertemu lagi, semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Hari ni saya nak berkongsi gambar carrot cheese cake yang di tempah oleh cikgu Siti Zaimah untuk anaknya Husna. Selamat hari jadi adik Husna yang ke 10. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Jadilah anak yang soleh dan disayangi oleh kedua orang tua.
CARROT CHEESE CAKE (CCK 403)
Tag :
carrot cheese cake
Read Post : CARROT CHEESE CAKE (CCK 403)Friday, 28 June 2013
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum
Ini adalah carrot cheese cake saiz 7" yang ditempah oleh kak wan dan ustazah Rosnaini. Terima kasih kak wan dan kak ni. Sebenarnya kek ni saya buat 2 biji tapi saya siarkan satu gambar sahaja sebab decorationnya sama. Kalau buat berbeza takut bergaduh pula. Biasanya saya tak buat kek carrot saiz 7" tapi demi kak wan dan kak ni saya buat juga. Kepada sesiapa yang teringin mencuba kek carrot saiz 7" terutama keluarga kecil boleh dengan syarat tempah 2 biji. Senang untuk saya buat.
CARROT CHEESE CAKE (CCK 402)
Tag :
carrot cheese cake
Read Post : CARROT CHEESE CAKE (CCK 402)Sunday, 23 June 2013
Author : Unknown
Comments : 0
Assalamualaikum.
Bertemu lagi dalam blog sheritacakehouse (sch). Kali ini saya nak berkongsi gambar carrot cheese cake. Kek ni meriah dengan carrot daripada buttercream di bahagian atas sebagai hiasan. Frostingnya daripada cream cheese dan bahagian dalam adalah campuran carrot, walnut, almond dan kismis. Terdapat dalam satu saiz iaitu 9".